Thursday, 16 April 2015

7 FORMULA INDIVIDU CEMERLANG


Tujuh Formula yang ditekankan oleh penulis, Dr. Danial Zainal Abidin ialah :


  1. Kenali Kehebatan dan Potensi Diri
  2. Meledakkan Takwa
  3. Melonjakkan Ilmu
  4. Hidup Bermatlamat dan Berwawasan
  5. Memelihara Amanah
  6. Berfikiran Positif
  7. Menyantuni Manusia.
Sedikit isi yang saya ingin kongsikan bagi setiap formula ini yang mungkin boleh dijadikan panduan kita, lebih baik jika anda juga mendapatkannya dan membacanya sendiri.

FORMULA 1

Mencontohi Keunggulan Zulkarnain

Faktor keunggulan dan kehebatan Zulkarnain ialah 
  • Berwawasan, 
  • Mempunyai misi, 
  • Bertakwa, 
  • Berminda Strategik
  • Menguasai Teknologi
  • Berkomunikasi secara Efektif
FORMULA 2

Hati perlu digilap selalu supaya tidak mati. Mengikut Ibrahim bin Adham, 8 perkara mematikan hati ialah

  1. Mengetahui hak Allah tetapi tidak menegakkan hak itu
  2. Membaca Quran tetapi tidak melaksanakan suruhannya
  3. Mencintai Nabi tetapi mengabaikan sunahnya
  4. Takutkan mati tetapi tidak mempersiapkan diri 
  5. Mengetahui syaitan adalah musuh tetapi ghairah mengikut kehendaknya
  6. Takutkan neraka tetapi melakukan maksiat
  7. Mahukan syurga tetapi tidak beramal salih
  8. Kekurangan didi sendiri dilupakan tetapi kekurangan orang lain diketengahkan.
Imam Abul Laith as-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin mengutarakan 5 penawar yang dapat membersihkan hati iaitu :

  1. Bergaul dengan orang salih
  2. Sentiasa membaca Al-Quran
  3. Memelihara perut daipada makanan haram
  4. Melakukan solat malam
  5. Selalu berzikir dan berdoa kepada Allah terutamanya semasa waktu subuh.
Takwa dan unsur-unsurnya iaitu muhasabah, taubat, mujahadah, muraqabah, dakwah dan istiqamah.

FORMULA 3

Akal adalah alat amat penting bagi mencapai kecemerlangan kerana melaluinya ilmu dapat dimanfaatkan.

Berpandukan Quran dan sunah, ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam dibahagikan kepada tiga kategori

  1. Ilmu Fardu Ain
  2. Ilmu Fardu Kifayah
  3. Ilmu berkaitan masa depan, hadis nabi.
FORMULA 4

Cara fikir dan sikap Khalid al-Walid dalam banyak  menjadi penentu kejayaan umat Islam :

  1. Kemenangan bermula dalam minda sendiri
  2. Kemenangan tidak terletak pada jumlah, tetapi pada keyakinan dan sikap
  3. Belum cuba belum kalah
  4. Berundur untuk menang adalah lebih baik daripada menang kemudian kalah
  5. Kita yang perlu mengukir sejarah
  6. Kemenangan awal adalah pembuka pintu bagi kemenangan-kemenangan lain
  7. Jika kita tidak menang, orang lain akan menang. Lebih baik kita menang
  8. Kemenangan adalah hasil. Yang perlu diutamakan adalah proses bagi mencapai hasil.
FORMULA 5

Sahabt Ubai bin Kaab berkata "Amanah dituntut dalam setiap perkara, termasuk wuduk, solat, zakat, mandi wajib, puasa, timbangan dan takran (perniagaan) "

  • Amanah menjaga pancaindera
  • Amanah dalam menjalankan tanggungjawab
  • Amanah memilih kawan
  • Amanah dalam memilih pasangan
  • Amanah dalam memilih pemimpin
  • Dakwah itu amanah
  • Mendidik keluarga ke arah kebaikan juga amanah
  • Menegakkan Islam adalah amanah
  • Menuntut ilmu adalah amanah.
Teknik  mengurus masa

  1. Tentukan keutamaan anda
  2. Rancang masa depan dan tulislah rancangan itu
  3. Kuasai jalan pintas
  4. Berikan tumpuan 
  5. Belajar untuk elak melakukan pekerjaan yang tidak penting
  6. Delegasikan kerja yang dapat dilakukan oleh orang lain
  7. Meningkatkan kemahiran diri
  8. Memanfaatkan teknologi
  9. Jangan menangguh kerja
  10. Seimbangkan hidup untuk kerjaya, keluarga dan masyarakat.
FORMULA 6

Minda sebenarnya mempunyai pengaruh  yang besar kepada diri individu. Justeru masukan ke dalam minda anda perkara yang positif dan anda dapat melahirkan tindakan yang positif.

FORMULA 7 

Perpaduam umat adalah agenda penting dalam agama. Perpaduan adalah rahmat, perpecahan adalah bala.


No comments:

Post a Comment