Friday, 27 February 2015

TOMATO

 

TAHUKAH ANDA ?

Berasal dari Amerika Selatan, ianya telah disebarkan ke merata dunia semasa penjajahan Sepanyol ke atas Amerika.

Warna tomato yang merah pekat adalah disebabkan oleh likopena (Lycopene), iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi. Terdapat satu kajian membuktikan bahawa lycopene yang terdapat dalam oren dan tangerine lebih mudah meresap daripada lycopene yang terdapat dalam tomato. Ini kerana lycopene dalam tomato merah kebanyakannya trans-lycopene manakala lycopene dalam oren dan tangerine kebanyakannya tetra-cis-lycopene yang mana memang terbukti dapat meresap dengan lebih efisin.

Tomato harus disimpan pada suhu bilik sehingga ia bertukar kepada warna oren- merah, jauhkan dari sinar matahari secara lansung kerana ia akan melembutkan tomato tanpa masak, serta memusnahkan vitamin . Tomato yang dipetik sebelum ia masak dari tangkainya adalah pada peringkat paling berkhasiat. Ianya mengambil masa 3 hingga 5 hari untuk masak.

INFO NUTRISI

Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
Energy74 kJ (18 kcal)
3.9 g
Sugars2.6 g
Dietary fiber1.2 g
0.2 g
0.9 g
Vitamins
Vitamin A equiv.
(5%)
42 μg
(4%)
449 μg
123 μg
Thiamine (B1)
(3%)
0.037 mg
Niacin (B3)
(4%)
0.594 mg
Vitamin B6
(6%)
0.08 mg
Vitamin C
(17%)
14 mg
Vitamin E
(4%)
0.54 mg
Vitamin K
(8%)
7.9 μg
Trace metals
Magnesium
(3%)
11 mg
Manganese
(5%)
0.114 mg
Phosphorus
(3%)
24 mg
Potassium
(5%)
237 mg
Other constituents
Water94.5 g
Lycopene2573 µg

Lycopene

Komponen penting yang terdapat dalam tomato ialah likopena (lycopene) .  Struktur lycopene adalah satu pembentukan tetraterpene terdiri daripada lapan unit isoprene, terdiri sepenuhnya daripada karbon dan hidrogen, dan tidak larut dalam air. Lycopene apabila diserap oleh perut, ianya diangkut ke dalam darah oleh pelbagai lipoprotein dan berkumpul di dalam hati, kelenjar adrenal, dan buah zakar (testis). Lycopene merupakan antioksida semula jadi yang sangat kuat. Lycopene sebagai antikosida juga mempunyai hubungan dengan kesihatan tulang . Berdasarkan kajian ahli sains, tomato sangat membantu dalam mencegah kanser prostat. Lycopene juga mampu meningkatkan perlindungan kulit daripada sinar UV yang merbahaya. Terbukti dengan kajian di Universiti Manchester dan Universiti Newscastle, yang mendedahkan bahawa tomato mampu mengelakkan kulit daripada terbakar disebabkan oleh pancaran cahaya matahari dan memastikan kulit kelihatan awet muda.

Vitamin C

Tomato juga kaya dengan vitamin C atau asid askorbik. Tomato dipilih sejurus selepas ia mula bertukar menjadi kuning, ia sudah mempunyai vitamin C yang lebih dariapada yang masak sepenuhnya.Kebanyakan vitamin C tertumpu pada bahagian jely yang meliputi biji benih.

Nutrien penting yang lain

Tomato mengandungi kepelbagaian fitonutrien.

1. Carotenoids ( beta-carotene, lutein, & zeaxanthin
2. Flavonoids (naringenin, chalconaringenin, rutin, kaempferol & quercetin)
3. Hydroxycinnamic acids (caffeic, ferulic, & coumaric acid)
4. Glycosides 9esculoeside A
5. Fatty acids derivatives ( 9-ox-octadecadienoic acid)

Tomato juga kaya dengan biotin, molybdenum, vitamin K, copper, potassium, manganese, dietary fiber, vitamin A, vitamin B6, folate, niacin, vitamin E, phosphorus, chromium, pantothenic acid, protein, choline, zinc dan iron.

KHASIAT TOMATO

Kesihatan jantung

Tomato mempunyai peranan yang penting dalam menurunkan risiko penyakit jantung. Tomato mampu mencegah penyakit jantung melalui pelbagai kaedah.

1. Sistem tubuh manusia yang lain tidak seperti sistem kardiovaskular yang sangat bergantung dengan perlindungan antioksida. Ini keranan jantung dan saluran darah bertanggungjawab mengangkut oksigen yang disedut ke dalam paru-paru dan kemudian diangkut ke seluruh tubuh. Antioksida tersebut ialah vitamin C dan vitamin E, tidak terkecuali juga lycopene.
Lycopene mempunyai kemampuan menurukan risiko 'lipid peroxidation' dalam saluran darah. Lipid peroxidation ini ialah proses di mana lemak yang terdapat pada sel membran dan lemak yang diangkut oleh darah dimusnahkan oleh oksigen. Kemusnahan ini dapat dipulihkan jika masih di tahap yang terkawal. Walaubagaimanapun, kerosakan yang teruk pada lemak ini akan membahayakan imun tubuh dan sistem radang, serta boleh menjurus kepada salur darah tersumbat (atherosclerosis).

2. Tomato berkait rapat dengan pengawalan lemak dalam darah. Tomato terbukti mampu menurunkan kadar jumlah kolesterol, kolesterol LDL dan trigliserid. Ia juga mengurangkan pengumpulan kolesterol dalam sel mikrofaj. Fitonutrien yang terlibat ialah esculeoside A dan 9-oxo-octadecadienoic.

3. Sel platlet merupakan salah satu jenis sel darah yang boleh mendatangkan masalah sekiranya sel platlet ini bergumpal bersama secara berlebihan di mana akan mengundang kepada salur darah tersumbat.Fitonutrien yang ada dalam tomato boleh mencegah penggumpalan sel platlet ini dan ianya dipanggil "antiaggregatory effect".

Kesihatan Tulang

Tomato juga secara tidak lansung mempunyai kaitan dengan kesihatan tulang manusia disebabkan kandungan antioksidanya yang tinggi. Antioksida tersebut ialah lycopene. Berdasarkan satu kajian ke atas wanita menopause. Lycopene telah dibuang daripada diet wanita tersebut selama 4 minggu untuk melihat kesan lycopene pada kesihatan tulang. Setelah 4 minggu kajian tersebut dijalankan, tulang wanita tersebut mengalami perubahan yang tidak diingini.

Anti kanser

Tomato boleh mengurangkan risiko kanser prostat dengan bantuan alpha-tomatine. Alpha tomatine ini ialah fitonutiren dan ia mempunyai kebolehan menganggu aktiviti metabolisma sel kanser prostat.Alpha tomatine juga mencetuskan apoptosis pada sel kanser prostat yang telah lengkap terbentuk. Selain kanser prostat, tomato juga telah dikaji kesan anti kansernya pada kanser paru-paru, kanser pankreas dan kanser payudara.

Kesihatan kulit

Tomato dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk pada tomato juga mampu menyejukkan kulit yang kasar. Astrigen dalam tomato pula membuang minyak berlebihan. Manakala vitamin C dan vitamin A berperanan mencerahkan kulit yang kusam dan mengembalikan keremajaan kulit


No comments:

Post a Comment