Monday, 2 March 2015

VITAMIN B COMPLEX


APA ITU VITAMIN B?

Vitamin B tergolong dalam kelas vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam metabolisma sel. Vitamin B terbahagi kepada 8 jenis iaitu vitamin B1 (thiamine) , vitamin B2 (riboflavin) , vitamin B3 (niacin atau nicotinic acid) , vitamin B5 (panthothenic acid) , vitamin B6 (pyridoxine, pyridoxal, pyridoxamine) , vitamin B7 (biotin) , vitamin B9 (folic acid) dan yang terakhir ialah vitamin B12 (Cyanocobalamin) . Suplemen yang mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B dipanggil vitamin B kompleks.


KEISTIMEWAAN VITAMIN B SHAKLEE

1. Asid folik dalam vitamin B kompleks shaklee ini telah dicipta secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid semula jadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat di pasaran bersifat sintetik

2. B kompleks shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B bersifat larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya akan disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B kompleks setiap hari.




MANFAAT VITAMIN B KOMPLEKS

  • Menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman , menukar lemak , karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

  • Mmebantu tumbesaran - Mengalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang.

  • Rambut beruban dan gugur - Membaiki masalah kulit kepala , kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

  • Baik untuk mata - Mengurangkan masalah keletihan mata , mencegah katarak , meningkatkan kualiti penglihatan , perkasakan memori dan pemerhatian/fokus.

  • Mencegah anemia - Membantu pembentukan sel darah merah dan antibodi , merangsang sirkulasi darah , merendahkan paras sistin , merawat anemia , sakit kepala , pening , lemah semangat , keletihan , migrain , muntah , mabuk darat atau laut.

  • Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut (PMS) , meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman , terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

  • Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis) , mencegah jangkitan lidah (glossitis) , nafas berbau.

  • Detoksifikasi - Meredakan alahan

BAGAIMANA MEMILIH B KOMPLEKS YANG BAIK ?

1. Mengandungi kesemua 8 vitamin B
2. Harus mengandungi RDA untuk biotin dan asid folik
3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
4. Bukan B kompleks yang ada rumusan larut air (sustain release)


Ingin tahu lebih lanjut, hubungi Adilah Sabri di talian berikut :
No. Tel : 0139358351 / 01126048580

No comments:

Post a Comment