PENGENALAN
Aprikot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.
Aprikot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gulanya semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.
KEGUNAAN
*Bagus untuk anemia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.
*Merawat sembelit kerana ia mengandungi selulosa dan pektin. Kedua-dua bahan ini akan memudahkan proses perkumuhan. Makan 6-8 biji setiap hari bagi mendapatkan hasil yang diinginkan.
*Buah aprikot masak yang dilumatkanboleh digunakan untuk membersihkan muka yang berminyak, menyingkirkan sel mati dan membekalkan nutrien kepada kulit.
*Buah aprikot dengan warna kulit yang gelap kaya dengan beta karotena dapat mengelakkan rabun mata.
* Ia juga bertindak sebagai antioksida dan antikanser.
*Buah yang segar kaya dengan gula asli, vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C, riboflavin, niasin dan kalsium.
*Aprikot kering pula kaya dengan kalium yang bagus untuk penyakit tekanan darah tinggi.
*Minyak biji aprikot dapat melegakan ketegangan otot, berkesan menyembuhkan luka, menyingkirkan cacing dan sebagai tonik.
*Jus aprikot boleh dijadikan minuman penyejuk yang dapat meredakan demam dan menyingkirkan bahan buangan daripada badan. Jus aprikot juga boleh merawat kudis, ekzema, kesan sinaran matahari dan kegatalan kulit yang disebabkan oleh suhu sejuk.
RUJUKAN
Theresa Ong (2006), Rahsia Herba, Alaf 21 Sendirian Berhad.
Untuk mendapatkan produk SHAKLEE atau inginkan konsultasi PERCUMA
Hubungi Adilah Sabri di talian berikut :
No comments:
Post a Comment