PENGENALAN
Belimbing besi biasanya dimakan secara segar. Sebahagiannya akan diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk.
Belimbing besi merupakan sumber vitamin C, zat besi dan zat kapur.
KEGUNAAN
*Bertindak sebagai antioksidan yang dapat mencegah penyebaran sel kanser, melancarkan proses pencernaan, menurunkan paras kolesterol, dan membersihkan usus.
* Air perahan buah ini juga dikatakan dapat mencegah penyakit tekanan darah tinggi.
* Sel dinding belimbing terkandung pektin yang berupaya menurunkan paras kolesterol . Pektin akan mengikat kolesterol dan asid hempedu dalam usus lalu menyingkirnya.
* Air rebusan daun dan buah dapat mengatasi masalah muntah.
* Daun yang diramas boleh ditampal di dahi bagi melegakan sakit kepala
* Pucuk dan daun yang dihancurkan boleh mengubati cacar dan kurap.
DI INDIA
* Buah yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan
* Buah kering digunakan untuk menyembuhkan demam panas
* Buah yang diawet digunakan untuk merawat cirit-birit dan menghilangkan mabuk.
* Minyak yang diekstrak dapat mengubati penyakit mata
DI BRAZIL
* Mengubati masalah buah pinggang dan pundi kencing
* Merawat ekzema
RUJUKAN
Theresa Ong (2006), Rahsia Herba, Alaf 21 Sendirian Berhad.
Untuk mendapatkan produk SHAKLEE atau inginkan konsultasi PERCUMA
Hubungi Adilah Sabri di talian berikut :
No comments:
Post a Comment