PENGENALAN
Ati-ati yang dikatakan berasal dari Indonesia dan Afrika merupakan tumbuhan yang sering dijadikan sebagai tanaman hiasan di halaman rumah. Ia juga merupakan penawar dalam perubatan tradisional. Spesies yang berdaun merah kehitaman amat berkhasiat . Sedangkan yang berwarna lain biasanya digunakan sebagai hiasan sahaja.
Ati-ati hijau biasanya ditanam sebagai ulaman dan penyedap masakan. Pucuk mudanya dijadikan sebagai ramuan sambal tempoyak dan nasi ulam.
Coleus amboinicus
Tumbuhan ini berwarna hijau, berdaun tebal dan mengandungi banyak khasiat
Tumbuhan ini pula berdaun merah dikatakan dapat mengubati penyakit darah tinggi dan luka.
KEGUNAAN
* Mengubati batuk, mual, sakit kepala, masalah pencernaan, sembelit, demam dan perut kembung.
* Jusnya dijadikan sebagai ubat untuk asma, batuk, bronkritis, reumatisme dan sakit telinga.
*Daunnya yang dilumatkan dapat dijadikan sebagai penawar gigitan serangga berbisa dan merawat kulit yang melecur
* Daun ati-ati juga dapat membantu merangsang penghasilan susu ibu.
RUJUKAN
Theresa Ong (2006), Rahsia Herba, Alaf 21 Sendirian Berhad.
Untuk mendapatkan produk SHAKLEE atau inginkan konsultasi PERCUMA
Hubungi Adilah Sabri di talian berikut :
No comments:
Post a Comment