PENGENALAN
Badam merupakan kacang 'termuda' di kalangan kerabat kacang. Ia pertama kali dijumpai di China dan kemudian dibawa ke negara-negara Mediterranean seperti Sepanyol , Itali, Maghribi dan Greece oleh para pengembara dan pedagang laluan Sutera.
Kajian membuktikan bahawa 90% daripada lemak dalam badam merupakan lemak tak tepu. Lemak tak tepu berkesan mengurangkan LDL. Penyelidik mendapati bahawa makan segenggam badam setiap hari selama sebulan berjaya menurunkan LDL sehingga 4.4%.
Badam mengandungi protein, serat, kalsium,magnesium, kalium, antioksida, fitokimia dan vitamin E.
KEGUNAAN
* Sesuai dijadikan ramuan untuk topeng muka atau merawat seluruh badan. Ia hanya sesuai untuk kulit normal dan kering.
* Minyak badam sesuai digunakan oleh semua jenis kulit. Ia boleh dijadikan pelartu sari minyak dalam rawatan aromaterapi.
* Sesuai dijadikan minyak urut dan produk penjagaan kulit.
* Membantu meredakan kegatalan kulit, iritasi dan inflamasi selain melembutkan kulit kering.
RUJUKAN
Theresa Ong (2006), Rahsia Herba, Alaf 21 Sendirian Berhad.
Untuk mendapatkan produk SHAKLEE atau inginkan konsultasi PERCUMA
Hubungi Adilah Sabri di talian berikut :
No comments:
Post a Comment