Avokado yang berasal dari Amerika Tengah boleh diperolehi di kawasan tropika dan subtropika. Di negara ini ia sesuai ditanam di kawasan tanah pamah dan tanah tinggi.
Rasa buah ini agak berlainan daripada buah-buahan lain kerana ia tidak masam atau manis. Isi buahnya yang telah masak boleh dimakan secara mentah ataupun campurkan dengan sedikit gula. Ia juga sedap dibuat jus atau dijadikan salad. Amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang tua kerana ia amat senang dihadam.
KEGUNAAN
* Avoakado tersenarai sebagai salah satu buah yang berkhasiat tinggi.
* Vitamin A dalam buah membantu proses pembesaran yang sempurna, baik untuk kulit, mata, kerongkong, perut, usus, tulang dan saraf
*Air rebusan daun avokado bagus merawat cirit-birit, membantu membersihkan darah dan mengatasi masalah selsema. Air ini juga dapat mengubati reumatisme, demam panas, sakit badan dan sakit sendi.
* Teh yang diperbuat daripada daun avokado dapat menurunkan tekanan darah, melawaskan pembuangan air kecil, mengeluarkan angin dalam perut dan usus serta mengeluarkan kahak.
*Daun yang dipanaskan dengan api boleh dilekatkan pada dahi untuk mmerawat sakit kepala.
* Air rebusan daun atau kulit atau kedua-duanya sekali bagus untuk masalah batuk, kahak, tekanan darah tinggi, pembengkakan pada kerongkong dan lubang hidung serta penyakit hati. Air ini juga dapat merangsang haid
*Kulit buah avokado boleh dicampur dengan air didih lalu diminum semasa perut kosong dapat mengatasi masalah cacing dalam perut dan usus.
* Bijinya yang telah dikisarkan boleh dijadikan ubat buasir.
* Minyak avokado banyak digunakan dalam industri kosmetik.
RUJUKAN
Theresa Ong (2006), Rahsia Herba, Alaf 21 Sendirian Berhad.
Untuk mendapatkan produk SHAKLEE atau inginkan konsultasi PERCUMA
Hubungi Adilah Sabri di talian berikut :
No comments:
Post a Comment